Jangan ketinggalan dan jadi antara yang pertama di Malaysia untuk menikmati pengalaman bersama lala-ai

Kempen Pengenalan

Hanya RM3.99/hari untuk penggunaan Tanpa Had

Gambaran Keseluruhan Kempen:

Selamat datang ke Kempen Pengenalan lala-ai.

Kami sangat berbangga untuk memberi peluang eksklusif kepada anda untuk menjadi pengguna pertama untuk mengalami ciri inovatif ini yang dibawa untuk anda oleh food-lala, platform tempahan awal makanan yang inovatif.

Maklum balas dan cadangan anda amat berharga kerana kami sentiasa berusaha untuk meningkatkan ciri ini.

Kempen Sepintas Lalu:

Pengguna Pertama di Malaysia

  • Kami menyedia akses tanpa had untuk anda berbual bersama lala-ai, Pembantu Maya anda yang bijak dan menjadikan anda pengguna pertama di Malaysia untuk menikmati kemudahan ini.

  • Anda boleh terus melanggan pada bila-bila masa anda memerlukan lala-ai dengan hanya RM3.99 sehari untuk penggunaan tanpa had.

Pengemaskinian data food-lala

  • lala-ai menerima data-data yang dimuat-nait daripada food-lala dan data umum yang terkini. Walaubagaimanapun, bagi data food-lala ianya masih terhad memandangkan food-lala masih didalam proses menjemput dan menerima rakan-niaga untuk berdaftar dengannya.

  • Justeru, lala-ai sentiasa mengemaskini data rakan-niaga baru apabila mereka mendaftar.

  • Selain dari itu, anda boleh juga menggunakan lala-ai untuk pertanyaan umum dan maklumat yang lain selain food-lala.

  • Sebagai contoh, jika anda memerlukan cadangan untuk sesuatu perkara seperti Cadangan Aktiviti ke Luar Negara, Cadangan Pembentangan Pemasaran atau anda ingin belajar sesuatu perkara yang baru seperti Cryptocurrency dan lain-lain dengan cepat dan mudah, lala-ai akan menyediakannya bila anda perlukan.

  • Lazimnya, anda akan mencari maklumat melalui pencarian Google, walaubagaimanapun, dengan menggunakan Google, anda masih perlu mencari dan memilih carian yang sesuai bagi carian anda, tetapi lala-ai akan memberi maklumat yang anda perlukan dengan cepat dan tidak perlu membuat carian lagi.

Apa itu lala-ai:

  • Jika anda biasa dengan Chatgpt, lala-ai adalah seperti Chatgpt, rakan komputer bijak dan pandai bercakap seperti manusia.

  • Ia memahami apa yang anda katakan dan boleh memberikan jawapan yang lebih semula jadi, menjadikan perbualan dengannya seperti bercakap dengan orang sebenar.

  • Walaubagaimanapun, perbezaannya dengan Chatgpt ialah, lala-ai mampu untuk mempamerkan maklumat terkini manakala, Chatgpt mempamerkan data setakat Jan 2022. lala-ai juga akan mempamerkan data berkenaan food-lala, sebuah perniagaan online pasaran yang menghubungkan peniaga-peniaga makanan dengan pelanggan mereka untuk Smart Meal Planning dan perkhidmatan lain manakala Chatgpt tidak dapat untuk mempamerkan data terkini food-lala mahupun perkhidmatan peniaga lain. Jadi, dengan Iala-ai, ianya boleh memberi cadangan pemakanan dan juga boleh mempamerkan data-data peribadi lain khusus untuk pelanggan food-lala (sila rujuk food-lala.com).

  • Ia juga boleh mencari maklumat untuk anda di internet, jadi seperti memiliki ensiklopedia pintar di hujung jari anda.

Apa yang diperlu daripada anda?

Kempen ini memerlukan anda sebagai Pengguna Pertama di Malaysia

 

Komen dan Berikan Maklum Balas:

Kongsi pengalaman anda menggunakan lala-ai dan cadangkan penambah-baikan, jika ada. Komen anda akan membantu kami meningkatkan perkhidmatan ini.

 

Like, Share, dan Tag:

Sila beri sokongan anda terhadap usaha kami dengan `Like’ dan ‘Share’ di halaman Facebook kami, serta `Tag’ halaman Facebook rasmi food-lala dalam pos anda tentang kempen ini adalah sangat dihargai.

Pertama di Malaysia

 

Sebagai platform pertama di Malaysia yang menggunakan Generatif Ai untuk interaksi pelanggan dalam persekitaran eDagang, food-lala menetapkan standard baru dalam penglibatan dan perkhidmatan pelanggan.

 

Melalui kempen ini, food-lala akan menghubungkan pelanggan yang membuat tempahan awal makanan serta perkhidmatan lain yang disediakan oleh food-lala dengan ciri inovatifnya iaitu lala-ai dimana, lala-ai akan bertindak sebagai Pengurus Khidmat Pelanggan yang mesra. Ia amat berbeza dengan Chatbot biasa kerana Chatbot hanya menjawab berpandukan kepada text-text yang disediakan dan pengetahuannya amatlah terhad.

Masa Depan food-Lala:

 

food-lala sedang melancarkan platform dan laman web komprehensifnya, bersedia untuk merombak landskap tempahan dan penghantaran makanan. Kempen ini memberikan gambaran awal tentang masa depan yang mengujakan dalam tempahan makanan dengan food-lala.

Bagaimana Berinteraksi dengan lala-ai

lala-ai, rakan food-lala anda, akan menjadi pembantu mesra anda yang akan memberikan anda jawapan berikut atau beberapa cadangan kreatif seperti berikut:

1. Sembang untuk pertanyaan food-lala

Pertama sekali, perkenalkan nama anda kepada lala-ai.

  • Perlu pelan makan yang betul untuk minggu atau bulan yang sesuai dengan bajet anda? Anda boleh bertanya seperti berikut:

    • “Tolong sediakan pelan makan harian untuk saya untuk minggu depan di bawah food-lala.”

  • Perlu cadangan untuk hidangan pilihan anda? Anda boleh bertanya seperti berikut:

    • “Tolong cadangkan Laksa Sarawak terbaik di kawasan Satok, Kuching di bawah food-lala.”

  • Perlu tempahan restoran dengan cadangan yang baik? Anda boleh bertanya seperti berikut:

    • “Tolong cadangkan restoran yang ingin saya tempah untuk makan malam keluarga esok malam di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur di bawah food-lala.”

  • Perlu tahu outlet makanan terbaik dengan penarafan pelanggan yang baik seperti Makanan, Kebersihan, dan Perkhidmatan Pelanggan? Anda boleh bertanya seperti berikut:

    • “Tolong berikan maklumat mengenai outlet makanan terbaik berdasarkan penarafan tertinggi untuk Kebersihan di Kuala Lumpur City Center (KLCC) di bawah food-lala.

2. Sembang untuk pertanyaan dan maklumat umum

Selepas memperkenalkan diri, anda boleh terus bertanya mengenai apa-apa maklumat umum dengan lala-ai seperti:

  • Perlu tahu cara belajar Pemasaran Digital atau bidang lain?

    • Anda seorang pakar Pemasaran Digital dan saya adalah pelajar baru anda. Bolehkah anda ajar saya Pemasaran Digital dengan cara yang paling mudah difahami?

  • Perlu tahu cara merancang strategi perniagaan online yang berkembang?

    • Sebagai pakar perniagaan online, tolong tunjukkan cara saya boleh merancang strategi perniagaan online saya untuk pertumbuhan yang lebih tinggi. Perniagaan saya sekarang adalah kedai dalam talian yang menjual pakaian tidur.

  • Perlu memahami iklan Facebook?

    • Tunjukkan cara paling cepat untuk memahami dan belajar iklan FB

Akses Tanpa Had hanya dengan RM3.99 untuk 1 Hari

Kami gembira untuk memulakan perjalanan ini bersama anda. Penyertaan anda dalam teknologi baru ini amat bernilai, dan bersama-sama, kita boleh menjadikan perkhidmata lala-ai menjadi platform utama untuk anda.

Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada Kempen lala-ai. Kami sedia menunggu pandangan dan sumbangan anda.

Hubungi Kami

website: food-lala.com

email: admin@food-lala.com

Mobile: 010-9-607070

Lihat panduan lengkap lala-ai dibawah!